Apa Itu Kad Perubatan Guaranteed Renewal?
Tuesday, 20 February 2018
0
comments
Dalam pasaran Insurans dan Takaful, terdapat dua jenis kad perubatan iaitu kad perubatan dengan ciri ADA Guaranteed Renewal Policies (Non-Cancelable) dan kad perubatan TANPA Guaranteed Renewal Policies.
Guaranteed Renewal atau dalam Bahasa Melayunya, Pembaharuan Terjamin adalah fungsi di mana kad perubatan Anda TIDAK BOLEH diberhentikan oleh syarikat atas apa sebab sekalipun, kecuali kalau anda sendiri gagal membayar caruman untuk kad perubatan tersebut.
Pada kebiasaannya, majoriti kad perubatan komprehensif (mempunyai plan simpanan) adalah kad perubatan dengan Guaranteed Renewal. Hal ini adalah kerana savings plan yang dimasukkan sekali dalam kad perubatan komprehensif berfungsi sebagai pelindung kepada kad perubatan anda daripada dibatalkan oleh pihak syarikat.
Sebagai kesimpulan, anda menyimpan dengan syarikat insurans dan anda akan mendapat jaminan dimana anda boleh claim sebanyak mungkin mengikut had tahunan dan had seumur hidup yang ditetapkan dalam kad perubatan anda.
Sekiranya anda sudah memiliki insurans, pastikan anda memiliki kad perubatan guareented renewal ya... Kalau anda tidak pasti, boleh bertanya dengan agent anda.
Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment